Assignment Titas Tamadun China

MPU3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (JUNE 2015)PengenalanKebudayaan atau budaya merupakan salah satu tamadun yang tertua dan dimiliki olehsekumpulan orang dengan diwariskan dari generasi ke generasi (Duniabaca.com). Dalam budaya China yang paling kompleks, telah meliputi sejarah lebih 5000 tahun dan dikenali tamadun China yang masa kini (Ms.wikipedia.org, 2015). Antara tamadun yang tertuanya adalah Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir, Tamadun Lembah Indus dan Tamadun Greek(Raja, 2014). Tamadun ini tidak pernah diserap oleh tamadun lain dan hanya pernah dicabarkan (Raja, 2014). Walaupun pada awalnya tamadun China agak terlindung namun warisan sistem nilainya memberi kesan kepada perkembangan tamadun China sehingga kini (Shaf, 2014). Selepas melalui antara pelbagai tamadun, antara kegemilangan termasuk sistem pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral dan penciptaan serta sains (Yi, n.d.). Sebagai contoh Hanyu (bahasa) dan Hanzi (tulisan) Cina merupakan suatu cara komunikasi yang baku dinasionalkanpada semasa Dinasti Ming. Selain itu, bahasa ejaannya menggunakan sistem Pinying yang digunakan sehingga masa kini. Tambahan pula, antara bidangnya juga adalah teknologi pertanian, matematik, astronomi dan kalendar, perubatan dan kesihatan, dan lain-lain. Namun, kandungan utama budaya China adalah berasakan etika dan moral. 2

PENGENALANOrang Cina merupakan salah sebuah bangsa yang mencapai peradaban yang paling awal. Tamadun China merupakan salah satu daripada tamadun yang terawal muncul di dunia. Peradaban yang mula-mula di Negara China ialah di Sungai Kuning di utara, kira-kira 4000-2000S.M. Era ini dikenali sebagai zaman Batu Terakhir. Perkembangan selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam beberapa bidang seperti sistem pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral dan penciptaan serta sains. Kegemilangan ini membawa kepada kemajuan dan kemakmuran (Ahmad Zaki, A.L., Hamzah, A.,& Mad Aros, A, 2012).Selain itu, Tamadun China sangat popular dengan sistem peperiksaannya yang mengambil masaselama tiga hari tiga malam dan hukuman bunuh akan dijatuhkan kepada sesiapa yang meniru semasa peperiksaan. Peperiksaan ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu Hsiu Tai, Chun Jen, dan Chin Sih. Matlamat utama peperiksaan ini adalah untuk mendapatkan jawatan dalam pentadbiran (Ahmad,2009).Di samping itu, kehidupan beragama juga merupakan salah satu aspek asas tamadun seperti yang ditetapkan olah Ibn Khaldun (Muhammad Abdullah Enan,2013). Edward L. Farmer memasukkan aspek agama sebagai salah satu ciri masyarakat bertamadun, manakala R.A. Buchanan pula menyebut wujudnya upacara agama yang kompleks adalah ciri-ciri kerahiban. Buktinya kewujudan kehidupan agama adalah seperti wujudnya kepercayaan, pemikiran tentang kuasa ghaib yang mengawal kehidupan dan peninggalan bangunan keagamaan. Sebagai contoh, masyarakat Tamadun Indus menyembah dewi bermuka tiga serta wujud masyarakat yang percaya ada kuasa ghaib kuasai alam sekeliling , amalan kepercayaan Animisme dan amalkan Politisme iaitu bermakna sembah banyak tuhan pada awal tamadun.3

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *